Umum

Mohammad Agus adakan sidang akhbar jam 8 malam

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada hari Jumaat jam 8 malam.

Jemputan kepada media untuk hadir sidang akhbar itu akan diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi telah dibuat menerusi surat daripada firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co,

Mohammad Agus mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri pada hari Khamis.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan tersebut.

Mohammad Agus dilantik aebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, bagaimanapun beliau serta jabatan terbabit menerima banyak kritikan dan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya.

Susulan itu, beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang sebelum ini turut menggesa supaya J-KOM dibubarkan.

PALING POPULAR

To Top