Buletin

Anis Al-Idrus Nikah Pakai Sneakers Sebab Nak Perhatian?

Lepas ni ramai la pasangan yang kahwin pakai kasut sukan atau sneakers. Baru-baru ini, majlis pernikahan pelakon Anis Al-Idrus menjadi perhatian selepas dia dan pasangan menggayakan kasut sneakers.

Namun, ada pihak yang mendakwa dia sengaja ingin mencari perhatian dengan membuat kelainan seperti itu.

Anis menafikan dakwaan tersebut dan dia menjelaskan bahawa dia bukan sengaja tidak mahu memakai kasut tumit sebaliknya dia lebih selesa menggayakan sneakers pada hari bahagianya.

“Sebenarnya saya kalau pakai baju kurung pun akan gunakan kasut kanvas berbanding tumit tinggi kerana memang selesa begitu.

“Kalau saya pakai kasut tumit tinggi berasa tidak selesa dan selalunya memang akan ada kejadian saya terjatuh.

“Jadi untuk majlis ini, saya pilih sesuatu yang saya suka tambahan pula dapat bergerak dengan mudah memandangkan perlu menyapa tetamu.

“Tak cari perhatian pun orang viralkan kita, jadi tak kisahlah apa orang hendak kata.

“Mungkin itu hobi mereka gemar hendak menularkan kisah mengenai orang lain kerana hobi kita ni berbeza-beza,” ujarnya, lapor mStar Online.

Anis mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Mohd Rafzan dan majlis pernikahan mereka disempurnakan di sebuah lokasi di TTDI Jaya, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top