Umum

Anwar Ibrahim sekat kemajuan di negeri Kedah

Pembentangan bajet 2023 menemui jalan buntu apabila ramai rakyat kecewa dengan tiada lagi pengeluaran Kumpulang Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membatalkan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah yang menelan belanja RM7 bilion.

Dalam pembentangan bajet 2023 itu, kerajaan hanya bercadang untuk mengembangkan dan menaik taraf lapangan terbang sedia ada bagi menarik lebih ramai pelabur, peniaga dan pelancong.

Terpanggil untuk bersuara, saudara Asraf Mustaqim selaku Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia telah memuat naik satu kenyataan di Facebook menyuarakan pendapat beliau berkenaan isu tersebut.


Beliau dengan tegasnya menyatakan agar Perdana Menteri Kesepuluh itu tidak menyekat kemajuan di Kedah sepertimana gesaan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

“Kami anak negeri Kedah amat terkilan apabila Perdana Menteri Kesepuluh (PM-10) seakannya meminggirkan negeri-negeri Melayu termasuk di negeri Kedah,

“Selaku wakil Armada Bersatu Kedah, saya melihat potensi yang selama ini diusahakan oleh Sanusi mampu memesatkan lagi pembangunan negeri itu dan melonjakkan pelaburan, ujarnya”.

Tambahannya, dengan ada pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) ini akan membantu perkembangan ekonomi negeri Kedah serta memanfaatkan kesejahteraan rakyat dalam negeri pada masa yang sama turut akan menyumbang dalam perkembangan KDNK negara, terutamanya dalam kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park) selaku pusat pembangunan industri dan teknologi di Koridor Utara.

Menurutnya, laporan prestasi ekonomi antara negeri-negeri dalam Malaysia jelas menunjukkan perkembangan hasil pelaburan yang mapan di bawah pentadbiran MB Sanusi.

Kedah telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM68.3 Bilion dalam pada suku kedua tahun 2022 pula mecatatkan bahawa Kedah telah menerima RM20 bilion nilai pelaburan pada tahun tersebut, menjadikan negeri Kedah pada ketika itu berjaya mendahului jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan Adakah Anwar Ibrahim tidak nampak konsep ‘madani’ dalam kemakmuran ekonomi menerusi perancangan ini?

“Adakah Anwar Ibrahim hanya berdendam dalam aturan tadbir urus negara sehingga sanggup merencatkan perkembangan ekonomi dalam negeri Kedah?”

Beliau yang menyanjungi usaha Menteri Besar Kedah itu turut mengucapkan syabas kepada Sanusi yang begitu komited untuk meneroka pembaharuan dan kemajuan negeri Kedah.

PALING POPULAR

To Top