Umum

Kedah laksana projek jalan “Glow in the Dark”

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kedah melaksanakan projek garisan jalan glow in the dark di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang dan Durian Burung, Padang Terap.

Menurut laporan media, difahamkan ia bakal memjadi garisan jalan glow in the dark yang terpanjang di Malaysia buat masa ini, namun perincian projek berkenaan jarak tidak dinyatakan.

Selain itu, ia juga turut dikatakan berbeza dengan projek Hulu Langat kerana ia menggunakan elemen additive glass beads yang berfungsi sebagai pemantul (reflector).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh telah mengesahkan teknologi untuk garisan jalan glow in the dark ini juga akan diperkenalkan di Johor pada tahun hadapan.

Tambahnya, jalan yang akan dinaik taraf menggunakan teknologi itu akan ditumpukan di kawasan yang tiada pendawaian atau tidak sesuai ada tiang elektrik, kawasan terlalu gelap, selekoh-selekoh berbahaya dan jalan yang menghubungkan antara pekan.

Beliau turut mendedahkan teknologi yang memantulkan cahaya pada garisan pembahagi jalan itu memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan berbanding garisan pembahagi jalan yang biasa.

Terdahulu, JKR Hulu Langat telah melaksanakan projek rintis pemasangan cat garisan jalan glow in the dark di persimpangan Jalan Sungai Lalang, Semenyih, menjadikannya lokasi pemasangan cat jalan glow in the dark yang pertama di Malaysia.

PALING POPULAR

To Top