Umum

Artikel mendakwa PN cuba rasuah Agong, polis kesan penulis artikel

Polis sedang mengesan penulis sebenar artikel yang mendakwa bahawa pihak Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan.

Menurut laporan Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memberitahu artikel itu disiarkan dalam sebuah portal berita.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selain penulis artikel itu, polis juga akan memanggil mana-mana individu yang ada kaitan dengan siasatan dakwaan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan mengatakan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu yang disiarkan sebuah portal mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana RM1 bilion untuk merasuah Yang di-Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan.

 

 

Sumber Awani

 

 

PALING POPULAR

To Top