Umum

Ras Adiba dilantik Pengerusi Sentoria Group Bhd

Gambar Facebook

Datuk Dr Ras Adiba Radzi dilantik menjadi Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif baharu Sentoria Group Bhd, seminggu selepas dilantik menyertai Lembaga Pengarah syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, perubahan itu berlaku susulan daripada beberapa rombakan Lembaga Pengarah.

Menurut makluman tersebut, Sentoria mengumumkan bahawa Ras Adiba akan menggantikan Datuk Abdul Rahman Imam Arshad, yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.

Ras Adiba, 55, dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Sentoria pada 5 Januari lalu, bersama dengan Lim Zhao Qi dan Lim Poh Seong.

Dengan pengalaman lebih 37 tahun dalam penyiaran, Ras Adiba juga pernah berkhidmat sebagai bekas Pengerusi Bernama pada tahun 2020 hingga 2023.

Dalam makluman yang berasingan, Sentoria mengumumkan Loh Yuen Tuck sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan.

Loh pernah berkhidmat di Quilter Goodison London, SJ Securities Malaysia, Jupiter Securities, Sun Hung Kai Hong Kong dan memegang Ijazah Ekonomi dan Perakaunan daripada London School of Economics (University of London).

 

 

PALING POPULAR

To Top