Business

Asia Smart Farming 2024 berlangsung Oktober ini

ABS Greentech Sdn Bhd mengumumkan pelancaran Asia Smart Farming (ASF 2024) kali ke-2 yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat ABS Greentech sdn bhd dan Pengerusi ASF 2024, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin, perasmian ASF 2024 ini menjadi pelopor kepada persidangan dan pameran kali kedua yang diadakan ini dan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara hari ini telah dihadiri oleh ahli-ahli kor diplomatik, teknokrat, usahawan tani, pemasar pertanian, pemain industri, ahli teknologi, dan petani muda yang berdaya usaha.

Acara ini menyerlahkan promosi amalan pertanian pintar, bebas racun perosak yang berpotensi untuk mengubah kaedah pertanian, yang membawa kepada hasil yang tinggi, kemampanan dan penggunaan yang lebih selamat.

Ketika acara Smart Farming yang julung kali diadakan pada 2023, ABS Greentech Sdn Bhd menandatangani 11 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai pemain industri antarabangsa untuk membiayai projek dalam sektor pertanian pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif ABS Greentech Sdn Bhd, RM Ravichandar berkata, pihaknya mengumumkan komitmen pembiayaan sebanyak RM550 juta bertujuan untuk meningkatkan teknik pertanian pintar dan memupuk keselamatan makanan di Malaysia.

Sehubungan itu, ABS Greentech menjangkakan untuk menandatangani lebih banyak MOU dengan pemain industri antarabangsa untuk membiayai projek pertanian baharu, dalam ASF 2024 yang akan datang.

ASF 2024 akan mempamerkan kemajuan dalam pertanian pintar menggunakan Pengurusan Perosak Bersepadu, yang bebas daripada racun perosak.

Acara ini menjadi platform penggubal dasar dan pemain industri menjalankan analisis perbandingan teknologi pertanian Malaysia dengan teknologi pertanian negara jiran, dalam rangka kerja meningkatkan keselamatan makanan dan menyelaraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Pelancaran lembut hari ini bertujuan untuk mengukuhkan komitmen bersama kami untuk mengubah sektor pertanian menjadi aktiviti moden dan berteknologi tinggi.

“Ini sejajar dengan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030 (NAP 2.0) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia, yang membayangkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan mengutamakan keselamatan makanan dan pemakanan,” kata Syed Munshe dalam ucapan aluannya.

Beliau juga menggesa pemain industri, penyedia teknologi, dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam rangkaian tempatan dan antarabangsa mereka untuk mempromosikan ASF 2024 dengan menyertai sama ada sebagai peserta pameran atau peserta seminar.

 

Sementara itu, Pengarah Projek En. Hambali Mukhlas ketika ucapannya telah memberi penerangan produk yang tersedia di ASF2024. Terdapat pelbagai pakej komprehensif termasuk logistik, penginapan hotel, pas persidangan serta pakej lawatan ke kilang untuk 7 hari 6 malam atau 5 hari 4 malam bermula dari USD 2,500 ke USD2,700.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penyertaan persidangan, penajaan dan pendaftaran, sila ke laman www.asiasmartfarming.com atau hubungi En Hambali Mukhkas di talian +6013 640 7200 atau di alamat email [email protected]

 

 

PALING POPULAR

To Top