Buletin

Balik Raya Naik KTM, Peminat Puji Fasha Sandha

Berapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Warga kota pun nampaknya sudah mula beransur pulang ke kampung tercinta.

Tidak ketinggalan buat pelakon Fasha Sandha yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya di Perlis.

Selalunya selebriti ni akan naik kereta atau kapal terbang. Tapi, bintang jelita ini memilih untuk pulang ke kampung dengan menaiki pengangkutan awam, Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Fasha Sandha kongsikan foto di Instagram bersama anak-anaknya menaiki KTM.

Rata-rata peminat memuji Fasha Sandha yang bersikap sederhana dan tidak malu untuk menggunakna pengangkutan awam walaupun merupakan selebriti popular.

Apa-apa pun, menaiki KTM untuk pulang beraya memang merupakan antara pilihan yang bijak kerana tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas dan lebih cepat.

Sumber

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top