Umum

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih

Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah baik pagi ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Di TERENGGANU, mangsa banjir terus berkurangan kepada 2,846 mangsa daripada 808 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 5,128 orang daripada 1,276 keluarga pada 8 malam tadi.

Ketika ini, hanya dua daerah masih terjejas banjir iaitu Hulu Terengganu dan Dungun dengan 16 pusat PPS masih beroperasi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Hulu Terengganu iaitu 2,538 orang dan Dungun (308 orang).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend penurunan apabila 4,715 orang daripada 1,506 keluarga masih ditempatkan di 17 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat, berbanding 4,809 orang daripada 1,525 keluarga malam tadi.

Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya satu sahaja sungai utama di Kelantan iaitu Air Bol di Jeli berada pada paras waspada dengan merekodkan bacaan 71.3 meter manakala di Terengganu tiada sungai yang melepasi paras bahaya.

— BERNAMA

PALING POPULAR

To Top