Umum

Barang kemas bernilai RM1.4juta dilarikan perompak bertopeng

Gambar Facebook

Satu rompakan di sebuah tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai emas melibatkan barang kemas dengan anggaran nilai RM1.4 juta berlaku di Kuala Kangsa pada hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laporan kejadian itu diterima pada sekitar jam 11.22 pagi melibatkan sekumpulan lelaki menggunakan parang dan tukul sebagai senjata.

Menurutnya, Mangsa berusia 30-an itu baru sahaja turun dari kereta sebelum didatangi beberapa lelaki memakai topeng bersenjatakan parang dan tukul secara tiba-tiba.

Kemudiannya, cermin kereta mangsa telah dipecahkan bagi mendapatkan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta

Dalam sebuah kenyataan, beliau menyatakan suspek yang memakai sarung muka telah memecahkan cermin kereta dinaiki 2 jurujual syarikat emas yang membawa barang kemas tersebut untuk dihantar ke premis, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan kepada mangsa mahupun orang awam dilaporkan.

Katanya, operasi mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan bersenjata,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kejadian rompakan berdurasi 21 saat oleh pengguna jalan raya yang menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki 2 kenderaan berhenti secara mengejut di tepi kenderaan mangsa.

PALING POPULAR

To Top