Umum

Agong, Raja Permaisuri hadir majlis makan malam amal Bulan Sabit Merah Malaysia

Gambar IG Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada BSMM yang diterajui Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atas sambutan ulang tahun ke-75.

Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara, Seri Paduka baginda berdua turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Puteri Intan Safinaz atas persilaan kepada baginda berdua ke Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan ulang tahun ke-75 BSMM di The St. Regis Kuala Lumpur pada 4 November.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada BSMM atas khidmat cemerlang, sumbangan dan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada masyarakat, kerajaan negeri dan Persekutuan serta di luar negara.

“Seri Paduka Baginda berdua juga amat menyanjung tinggi inisiatif sukarelawan yang dilaksanakan oleh semua peringkat warga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), sekali gus dapat memperkasakan lagi semangat tolong menolong dan kemanusiaan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.” menurut hantaran itu

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar BSMM dilimpahi kecemerlangan berterusan dalam mendukung usaha menghulurkan khidmat dan bantuan kemanusiaan serta warganya sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya

 

PALING POPULAR

To Top