Umum

Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah

TAIPING – Bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas 77 pertuduhan memperdaya mangsa mengenai pembelian tanah dan rumah yang tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM350,000.

Hamidah Muhamad, 47, yang mewakili parti Makkal Sakti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan bekas Ketua Wanita Makkal Sakti Bahagian Taiping itu diikat jamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan dua penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top