Umum

Bekas MP PKR dilantik Pengerusi baharu Bioeconomy Corp

Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) telah melantik Dr Lee Boon Chye sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 11 Julai 2023.

Dalam satu kenyataan, ia berkata Dr Lee menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang telah bersara pada 16 Dis 2022, menurut laporan Bernama.

Dr Lee berpengalaman luas terutamanya dalam sektor perubatan dan beliau pada masa ini merupakan pakar perunding residen dan pakar kardiologi di Hospital Pakar KPJ Ipoh, katanya.

Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dari 2018 hingga 2020 dan ahli Parlimen Gopeng dari 2008 hingga 2012.

“Dengan kepakaran dan kepimpinannya, organisasi ini bakal mengukuhkan komitmennya untuk memajukan bioteknologi dan industri berasaskan bio yang mengharmonikan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar di Malaysia,” kata Bioeconomy Corp.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top