Umum

Berjaya nafi terlibat rundingan wujudkan kasino di Forest City

Gambar Forest City

Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan pengasasnya Tan Sri Vincent Tan terlibat rundingan untuk memulihkan Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion) dengan membina kasino seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, BCorp berkata artikel itu mengandungi maklumat tidak tepat yang menuduh penglibatan konglomerat itu dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek Forest City.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan sedemikian, dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dibentangkan dalam artikel itu,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa bahawa kerajaan kononnya dalam perbincangan awal untuk mengeluarkan lesen kasino di Forest City, Johor.

Bloomberg dalam laporan 25 April 2024, mendakwa Kerajaan Malaysia `sedang dalam perbincangan awal’ dengan taikun mengenai pembukaan kasino di Forest City, memetik sumber sebagai usaha memulihkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion (RM478.35 bilion).

PALING POPULAR

To Top