Politik

Bersatu rai ulang tahun kelima secara dalam talian

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan ulang tahun kelima pendaftaran parti itu secara dalam talian melalui laman rasmi Facebook Bersatu Malaysia semalam, jam 9 malam.

Bersatu dalam kenyataannya di Facebook semalam menyatakan Bersatu telah melalui pelbagai cabaran sepanjang penubuhannya sebelum berjaya memposisikan kedudukannya sebagai antara parti utama dalam arena politik negara.

Bersempena dengan ulang tahun kelima penubuhannya, YB Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Semoga semua ahli parti sentiasa melakukan segala persiapan dengan menumpukan kepada usaha memperkuat parti di peringkat akar umbi dan tidak bersengketa sesama sendiri”.

“Elakkan perasaan dengki dan iri hati, kukuhkan perpaduan, tingkatkan kerjasama dan lipat gandakan usaha untuk menjadikan Bersatu sebagai parti pilihan rakyat”.

Tambahan beliau, bahawa Perikatan Nasional dan beliau sebagai Pengerusinya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang.

“Insha-Allah dengan izin Allah dan sokongan rakyat, kita akan menang” – katanya, ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Bersatu.

Beliau juga ingin membuktikan budaya politik parti itu adalah berbeza dan nilai kepemimpinannya adalah berteraskan prinsip integriti dan amanah, tidak berkompromi dengan perbuatan  rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

“Politik kita adalah politik khidmat. Politik prihatin. Politik jasa kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama”.

Beliau turuk mengumumkan penubuhan Akademi kepimpinan Bersatu yang akan mengadakan siri latihan berteraskan nilai, roh dan semangat perjuangannya seperti termaktub dalam perlembagaan parti.

 

PALING POPULAR

To Top