Politik

Muhyiddin mendapat sokongan 92% orang awam

Kenyataan yang dibuat oleh Khaled Nordin di laman Facebook miliknya, mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana tidak disukai rakyat mendapat reaksi berbeza daripada Marzuki Mohamad.

Beliau telah terpanggil untuk membidas kenyataan Khaled selaku Naib Presiden Umno. Dalam kenyataan Marzuki mengatakan bahwa khaled tidak dapat melihat kenyataan sebenar di sebalik keputusan Muhyiddin itu.

Tambah beliau, kenyataan Khaled itu jelas bertentangan dengan dapatan kajian persepsi awam Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Satu kajian persepsi awam telah menunjukkan sebanyak 92 peratus responden tidak bersetuju Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri sebagai pilihan bagi menyelesaikan ketidakstabilan politik dalam negara.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mendapati, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya terus memerintah dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) berasaskan satu persefahaman yang dipersetujui bersama.

Sebanyak 49.3% peratus percaya Pilihan Raya Umum ke-15 patut diadakan selepas pandemik Covid-19 terkawal dan 16% peratus responden percaya pilihan raya umum perlu diadakan segera dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi menyelesaikan pergolakan politik negara.

Kajian yang bertajuk “Kajian Persepsi Awam Terhadap Pengurusan Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Demokrasi di Malaysia”, kajian tersebut dilakukan di seluruh negara melalui tinjauan bersemuka membabitkan 2,627 responden.

Hasil kajian yang dilakukan bermula bulan Mac dan April 2021 itu telah dibentangkan hari ini dalam Siri Seminar Webinar IKMAS oleh Prof Madya Helen Ting dan Prof Madya Andrew Kam.

Selain itu, kajian berhubung isu lompat parti oleh ahli-ahli Parlimen mendapati majoriti responden setuju ahli Parlimen berkenan sepatutnya meletak jawatan dan pemilihan semula diadakan.

Sebanyak 34.5 peratus berpendapat wakil rakyat berkenan tidak sepatutnya bertukar parti, 14 peratus bersetuju ahli Parlimen ‘lompat parti’ meneruskan tugas dan 8 peratus berpendapat perbuatan tersebut hak ahli Parlimen berkenan.

Muhyiddin Yassin itu menjadi Perdana Menteri Kelapan selama 17 bulan 16 hari setelah mengambil ahli jawatan itu ekoran peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Februari tahun lalu yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mantan Perdana Menteri Malaysia itu telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 Ogos lalu setelah hilang sokongan majoriti di Parlimen berikutan tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau dan Perikatan Nasional.

PALING POPULAR

To Top