Umum

Bilik asrama terbakar, 10 pelajar berjaya selamatkan diri

Gambar JBPM

Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu(SAHUT), Kuala Berang, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka terbakar, dalam kejadian yang dilaporkan pada 3.39 pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba, kebakaran berkenaan melibatkan sebuah bilik asrama dengan pihaknya menggerakkan 15 kekuatan dari Balai Bomba Wakaf Tapai dan Kuala Berang melibatkan 2 jentera FRT, 1 water tanker dan 1 Toyota hilux.

Komander Operasi Kanan, TPgB II Baharum bin Muhamad Hasim melaporkan, kebakaran melibatkan sebuah bilik asrama yang berkeluasan 20×20 kaki telah musnah terbakar sehingga 70%.

Katanya, semua mangsa sempat menyelamatkan diri daripada bilik berkeluasan 20×20 kaki.

“Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Operasi pemadaman tamat pada jam 5.46 pagi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

PALING POPULAR

To Top