Politik

BN perlukan PAS untuk memang di PRU akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar telah membuat satu kenyataan bahawa BN perlu bekerjasama dengan PAS jika ingin merampas semula Selangor daripada PH.

Noh yang membangkitkan isu PRN Melaka di mana BN bertembung dengan PAS walau memeterai kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN). Beliau juga mempertikai kekalahan mereka pada PRU lalu adalah kerana berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan PAS

Kenyataan Noh Omar itu telah dibidas oleh Ketua Penerangan BERSATU Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar yang mempertikaikan keputusan BN sebelum ini ketika PRN di Melaka.

“Tidakah beliau sedari bahwa apa yang terjadi di Melaka akibat daripada pemimpin UMNO negeri yang menolak keras Mufakat Nasional (MN) dan berpendapat BN boleh menang jika bergerak secara solo”, ujarnya

Noh yang berucap di dalam program Sembang Politik PRU15: BN Mampu Tawan Selangor? yang disiarkan dilaman Facebook Utusan berkata…

“Kerana itu kita di Selangor, cara terbaik ialah dengan MN. Sebab itu kita dengan PAS negeri hubungan kita baik.

“Kita harap pucuk pimpinan Umno, PAS tolong tengok…Selangor ini lain dari lain. Politik ini lain negeri, lain cara,” katanya

Tambahan Hamidi, “Menjadi satu tanda tanya adakah ini strategi BN bagi memenangi Pilihan raya negeri selangor, bukankan BN boleh bergerak secara solo tanpa bantuan parti lain seperti di Melaka?”,

“Maka dengan apa yang dinyatakan oleh Noh itu, dapat dilihat ketidakikhlasan beliau untuk bergabung bersama PAS dan memberi petunjuk bahwa apa yang dilakukan olehnya atas dasar ingin memenuhi poket sendiri dan kroni BN”,

“Jangan disebabkan rakus dan tamak dalam ‘kuasa mentadbir’ sehingga tergadai rakyat Selangor ke tangan orang yang hanya fikir kuasa” katanya.

BN mula tewas di Selangor sejak PRU 2008. Pada masa ini, PH memegang 41 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.

PALING POPULAR

To Top