Buletin

Anak Shahrizat Jalil dilantik sebagai pengarah dalam GLC

Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh, anak kepada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil telah dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pelantikan itu diumumkan MDEC melalui laman rasmi Facebook mereka pada 1 Disember.

Beliau juga merupakan pengarah di TalentCorp, dan ahli panel pelaburan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Rata-rata orang di Media sosial tidak bersetuju dengan pelantikan itu kerana Izzana adalah defendan dalam tuntutan mahkamah yang dilancarkan kerajaan terhadap keluarganya untuk menuntut semula RM253.6 juta yang terhutang oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kes itu masih dalam perbicaraan dan dijangka disambung semula di mahkamah pada Januari. Selain Izzana, orang lain yang terlibat dalam saman itu termasuk ibu bapanya Shahrizat dan Mohamad Salleh Ismail, serta adik-beradik Wan Shahinur Izran dan Wan Shahinur Izmir.

Izzana yang terlibat menguruskan dana National Feedlot Corp. (NFC) sebanyak RM250juta, di mana ketika itu Shahrizat merupakan Ketua Wanita UMNO dan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada PM Abdullah Ahmad Badawi selepas kalah mengejut kepada Nurul Izzah di kerusi Parlimen Lembah Pantai, PRU-12 lalu.

Izzana telah disaman atas kapasitinya sebagai bekas pengarah NFC.

PALING POPULAR

To Top