Umum

Cacing ‘Helikopter’ pada pisang tidak benar

Jabatan Pertanian menegaskan video yang tular di media sosial berkaitan penemuan sejenis cacing dikenali sebagai ‘Helikopter’ atau ‘Helicobacter’ adalah tidak benar dan mengandungi maklumat tidak sahih serta diragui.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan, berkata Helicobacter adalah sejenis bakteria dan bukan daripada kumpulan serangga atau ulat serangga seperti yang ditularkan.

Katanya, sehingga kini pihaknya tiada menerima sebarang aduan dan laporan berkenaan serangan bakteria pada tanaman pisang di negara ini.

“Pengguna dinasihatkan tidak perlu bimbang dan ragu-ragu memandangkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil serta produk pertanian dari sumber dalam dan luar negara adalah selamat untuk dimakan.

“Selain itu, produk juga dipastikan bebas daripada perosak dan penyakit yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta alam sekitar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Berdasarkan kenyataan daripada Abu Dhabi Agriculture and Food Safety Authority (ADAFSA) melalui ciapan di Twitter bertarikh 1 November lalu, video yang tular didapati berasal daripada sumber yang tidak sahih, dan adalah di luar kebiasaan untuk cacing melengkapkan kitaran hidupnya di dalam buah pisang sehingga saiz yang ditunjukkan dalam video berkenaan

PALING POPULAR

To Top