Umum

Ringgit jatuh ke paras terendah, Muhyiddin Yassin selar sikap Perdana Menteri yang tidak endah!

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), membidas kerajaan kerana terus membisu selepas ringgit jatuh keparas terendah dalam tempoh beberapa minggu ini.

Dalam kenyataan di Facebook beliau, beliau berkata kerajaan perlu segera menangani isu kejatuhan ringgit dengan mencari pendekatan yang berkesan dan tidak boleh menganggap ia bukan satu krisis yang serius.

“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay.

“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya.

Jelas Muhyiddin, kejatuhan ringgit memberi kesan secara langsung terhadap harga barang makanan memandangkan nilai import makanan sahaja mencecah RM63 bilion dan perkara ini pastinya bukan sesuatu yang baik kepada rakyat.

“Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan. Tahun lalu, nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion.

“Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Is this okay? No, it is not okay,” katanya lagi.

Semalam sahaja, Bursa Malaysia telah mencatatkan Bursa KLCI dan ringgit terus jatuh. Dimana harga ringgit telah jatuh sehingga 4.5350 berbanding dollar AS dengan sebanyak 345 kaunter rugi.

PALING POPULAR

To Top