Umum

Calon Perikatan Nasional di DUN Tioman meninggal dunia

Seorang calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman, Md Yunus Ramli meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di Hospital Rompin.

Menurut laporan media, Md Yunus, 61, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan hari ini di seluruh negara.

Terdahulu, seorang calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya mewakili meninggal dunia baru-baru ini.

Mengikut Peraturan 11(6) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, SPR boleh mengumumkan pilihan raya kecil (PRK) pada tarikh lain, sekiranya calon meninggal dunia.

Ini hanya boleh dilakukan selepas RO mengendors alasan pilihan raya tidak dapat diadakan, seterusnya memulangkan writ itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top