Umum

Caruman KWSP majikan 20% bakal menjejaskan peniaga IKS – DPMM KL

Pada sambutan ‘Hari Pekerja 2023’, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mencadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada pihak majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini.

Malahan, kenaikan ini juga dikhuatiri bakal membebankan majikan dan menjejaskan ekonomi negara.

Menurut, Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur, En. Ahmad Hussein Tajuddin cadangan tambahan peratusan caruman KWSP majikan dianggap sebagai beban tambahan bagi perniagaan terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Tambahan beliau, kenaikan KWSP ini lebih berpihak kepada pekerja dan bukannya majikan. Ia akan mengakibatkan peningkatan kos operasi dan menambahkan beban majikan.

“Pastinya selepas ini majikan akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kos seperti mengecilkan gaji pekerja dan mengurangkan pekerja”, ujarnya.

Selain itu, sekiranya ia dilaksanakan kerajaan perlu melihat semula bagaimana dengan kenaikan ini mampu memberi insentif kepada mereka atau bantuan kewangan supaya dapat membantu mengatasai masalah kos yang meningkat akibat kenaikan caruman KWSP ini.

Ahmad Hussein turut mengesa untuk pihak kerajaan mempertimbangkan semua faktor dan memastikan ke memastikan keputusan yang diambil untuk kepentingan semua pihak yang terlibat.

“Diharap pihak kerajaan dapat berbincang semula dengan dewan-dewan perniagaan sebelum membuat sebarang keputusan agar ia lebih inklusif”,

Selain itu, DPMM berharap kerajaan mampu dan dapat dapat mengambil kira impak dan implikasi keputusan tersebut kepada perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana yang merupakan golongan majikan yang akan paling terkesan.

PALING POPULAR

To Top