Umum

Cat jalan “glow in the dark” pertama di Malaysia

Gambar MPKj

Projek jalan yang dicat menggunakan teknologi ‘glow in the dark’ pertama di negara ini adalah di Jalan Sungai Lalang (B19) di Hulu Langat, dekat sini.

Projek rintis Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat ini dilaksanakan di Persimpangan Jalan Sungai Lalang (B19) & Jalan Sungai Tekali (B16), sepanjang 245 meter dengan panjang cat jalan 490 meter.

Menurut Majlis Perbandaran Kajang, konsep mengecat garisan jalan ‘glow in the dark’ ini telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya.

Katanya lagi, ia bagi memastikan pengguna jalan raya dapat memandu dengan lebih selamat terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan yang gelap seperti di kawasan tersebut.

Pada Rabu malam, YB Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah meninjau lokasi pemasangan dan keberkesanan cat jalan ‘glow in the dark’ yang pertama di Malaysia iaitu di Jalan Sungai Lalang Semenyih.

“Inisiatif seperti ini didapati sesuai untuk kawasan laluan gelap yang tiada lampu jalan, dengan ketahanan selama 10 jam di waktu gelap dan masih dapat memberi kesan ‘glow’ yang baik dalam cuaca hujan,” kata beliau.

“Walaubagaimanapun, Kementerian masih mengkaji keberkesanannya secara keseluruhan termasuk kos pelaksanaannya yang pada ketika ini agak tinggi,” jelasnya.

Turut hadir sama beberapa pegawai kanan dari pihak kementerian dan Kerajaan Negeri serta Ahli Parlimen Hulu Langat YB Tuan Mohd Sany Bin Hamzan.

 

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top