Umum

Barisan Exco penggal baharu kerajaan Perlis angkat sumpah, 2 ADUN baharu dilantik, 1 ADUN digugur

Gambar SUK Perlis

Kerajaan ngeri Perlis menyaksikan pelantikan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis (ADUN) sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal baharu yang berkuatkuasa 25 November ini.

ADUN Kayang Asrul Aimran Abd Jalil dilantik memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan menggantikan ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail.

Manakala ADUN Tambun Tulang Wan Zikri Afthar Ishak pula dilantik memegang portfolio Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu dan Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif.

Kedua-dua ADUN tersebut telah mengangkat sumpah jawatan Exck di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau hari Khamis.

Majlis angkat sumpah tersebut turut menyaksikan 5 Exco sedia ada mengangkat sumpah jawatan Exco hari ini di hadapan Raja Perlis selepas dilantik semula memegang jawatan berkenaan bagi penggal baharu, bagaimanapun terdapat perubahan bagi portfolio masing-masing.

ADUN Santan Muhammad Azmir Azizan bertanggungjawab terhadap portfolio Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan, manakala ADUN Titi Tinggi Izizam Ibrahim memegang portfolio Aduan Awam, Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Hubungan dan Kerjasama Sempadan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu.

Selain itu, ADUN Pauh Megat Hashirat Hassan memegang portfolio Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan, dan ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad memegang portfolio Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta yang terakhir ADUN Simpang Empat Razali Saad dilantik ke portfolio Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup dan Kemajuan Desa dan Luar Bandar.

 

PALING POPULAR

To Top