Umum

Curang bukan satu kesilapan, tapi pilihan yang susah dimaafkan!

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’…

Sesungguhnya tiada apa yang boleh diungkap apabila melihat orang di sekeliling kita bercerai-berai.

Hanya boleh ungkap ‘semoga kuat, semoga tabah’, itu mungkin sudah cukup beri mereka semangat untuk meneruskan hidup mereka.

Jangan menghentam!

Jangan pertikai!

Ajarlah mereka beberapa perkara ini, agar mereka tenang dalam menjalani ujian.

Penceraian bukan satu penghabisan

Jangan pandang penceraian ini adalah satu perkara yang negatif, kerana banyak hikmah yang terkandung di dalamnya.

Percayalah, tiada apa yang perlu dipertahankan sekiranya sudah lama bertahan! Mungkin dengan penceraian hidup akan lebih bahagia.

Ingatlah ‘Langit tidak akan selalu mendung, satu masa akan cerah jua dan kadang-kadang Allah datangkan keindahan pelangi untuk menceriakan hari-hari yang akan kita lalui’.

Berhenti membuka aib pasangan

Berhentilah menyalahkan antara satu sama lain, dan membuka pekung sendiri.

Daripada merintih di tempat yang salah, lebih baik laporkan kepada pihak autoriti seperti mahkamah syariar. Jika benar seseorang itu teraniayai, tuntutlah hak anda dan anak-anak.

Bila ada yang bertanya cukuplah menjawab; “Sudah tiada jodoh”.

Jauhikan diri dari persekitaran toxic

Orang di sekeliling sepatutnya memberikan kata-kata semangat, bukan ‘mencurah minyak ke dalam bara api’.

Mereka harus memainkan peranan dalam menjernihkan hubungan supaya masing-masing dapat reda akan qada’ dan qadar.

Iya! Penting, agar anak-anak mereka tidak terabai dan cukup kasih sayang ibu bapa walaupun sudah berpisah.

Terus pandang kehadapan

“Kau takkan faham!”, iya… orang sekeliling anda mungkin takkan faham.

Namun, bersangka baiklah dengan perancangan Allah swt dan bahagia itu milik semua insan.

Andai jalan perpisahan yang kita mahukan, maka kitalah yang harus mencorak masa hadapan.

Sekiranya ia betul menyakitkan, pasti kita tidak mahu mengingatnya.

Untuk terima kecurangan bukanlah satu perkara yang mudah, bagaikan ‘ditelan mati bapa, diluah mati mak’ tapi berlapanglah dada.

Allah swt tidak akan pernah meninggalkan hambanya, malah tidak akan menguji hambanya lebih daripada kemampuan.

Insya’allah akan ada kenikmatannya, sekiranya kita reda.

PALING POPULAR

To Top