Umum

Dakwaan gangguan seksual, Agus hadir beri keterangan

Gambar Fail

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan berhubung dakwaan gangguan seksual, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada pagi Khamis.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat keluar pada jam 1.17 petang selepas lebih dua jam masuk ke IPD tersebut.

Penguamnya, Zaflee Pakwanteh yang memandu kenderaan tersebut kemudiannya memberitahu tiada kenyataan akan dibuat.

“Datuk Agus tak nak beri sebarang kenyataan,” katanya secara ringkas sambil terus memandu meninggalkan kawasan itu.

Bekas Ketua Pengarah itu hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu.

1 Disember lalu media melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan diterima daripada Abdul Wahab yang mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

Susulan itu polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

PALING POPULAR

To Top