Umum

Dakwaan pelajar dirogol sarjan, polis jamin siasatan telus

Gambar Facebook

Polis memberi jaminan siasatan telus dalam kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang mendakwa dirogol seorang polis berpangkat sarjan, tahun lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris kes itu masih dalam siasatan, dan polis dalam proses mengenal pasti sekiranya kejadian berkenaan benar-benar berlaku.

“Kita akan buat siasatan telus sepertimana siasatan lain, tiada SOP yang lain, kita akan jalankan siasatan telus tanpa mengira subjek berkenaan adalah warga polis sendiri,” katanya kepada pemberita pada satu program sempena sambutan Thaipusam.

Mengulas berkenaan dakwaan pengguna media sosial yang mempertikai tiada sesiapa ditahan dalam kes itu, Azizi berkata terdapat beberapa perkara yang perlu disahkan oleh pihak polis terlebih dahulu.

Terdahulu, media melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada Julai dan Oktober lepas.

PALING POPULAR

To Top