Umum

Tidak timbul isu jawatan JPKK di Selangor, kuasa lantikan bawah KKDW

Tidak timbul sebarang kemelut atau isu berhubung pelantikan 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Selangor.

Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata ini kerana kuasa melantik pengerusi JPKK adalah di bawah kuasa kementeriannya dan tidak melibatkan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan perkembangan di Selangor pada sidang media selepas lawatan kerja ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pada Ahad lalu, Umno Selangor mengumumkan keputusan menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada Pakatan Harapan (PH) dan sebaliknya, mahu sebanyak 373 jawatan pengerusi JPKK.

PALING POPULAR

To Top