Umum

Orang Islam boleh nikahkan orang bukan Islam, Mufti Perlis

Gambar FB Dr MAZA

 

Orang Islam boleh menikahkan orang bukan Islam selagi tiada kemungkaran dalam perkahwinan itu.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut berkata, perkahwinan merupakan satu perkara baik yang dituntut oleh setiap agama kerana ia menjauhi perbuatan maksiat.

Menurut Mufti Perlis, sesebuah ikatan suami isteri yang bukan Islam tidak diiktiraf apabila mereka berkahwin dengan individu yang haram untuk dikahwini.

“Perkahwinan yang tidak boleh diiktiraf apabila ia melibatkan pernikahan antara ayah, ibu dengan anak, sesama adik beradik atau isteri orang.

“Perkara itu bertentangan tetapi kalau mereka kahwin dengan golongan selain itu maka ia diiktiraf,” katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik dalam aplikasi, Youtube.

Tambah Dr Maza, orang Islam boleh menikahkan orang bukan Islam jika sewaktu akad tidak menyebut nama mana-mana tuhan.

Dr Maza berkata, sebahagian ulama berpendapat sebarang lafaz yang menunjukkan perkahwinan di sisi masyarakat dikirakan sah.

“Aku millikan wanita itu kepada engkau. Kalau perkataan itu dianggap nikah di sisi masyarakat, maka ia nikah.

Tetapi kalau dia kata sebelum nak akad itu perlu sebut, ‘in the name of Jesus’ maka ia tidak boleh,” katanya.

 

PALING POPULAR

To Top