Umum

Dr Maza puji prestasi DUN Perlis di bawah kepimpinan baharu

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA melahirkan rasa kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan baharu selepas penukaran Kerajaan Negeri Perlis ke tangan kepimpinan kerajaan yang baharu.

Menurutnya, walaupun kebanyakan yang hadir dalam persidangan DUN 90% adalah merupakan muka baharu namun kualiti dan perbahasan jauh lebih baik. 

“Keupayaan menyampaikan idea dan menjawab soalan secara spontan, khususnya soalan tambahan jauh lebih berkualiti,

“Mereka lebih bersungguh memahami tugasan mereka masing-masing. Banyak idea-idea yang baik kita nampak walaupun dalam tempoh yang singkat menguasai negeri, ujarnya.”

Beliau berharap dengan adanya kerajaan baharu di Perlis ini mampu mengendalikan isu-isu seperti kerajaan negeri tiada idea, ‘slow’, tidak mesra pelabur, enggan mendengar idea pihak lain, perancangan yang tidak kena tempat, tidak prihatin dan seumpamanya yang dibangkitkan masa lepas tidak kedengaran lagi.

Tambahan beliau, Mudah-mudahan di masa hadapan kualiti perbahasan di DUN Perlis ini bukan sahaja dikekalkan, tapi juga meningkat dengan lebih tinggi bersama pengalaman pemerintahan yang akan bertambah.

PALING POPULAR

To Top