Umum

Dua wanita dipercayai keldai akaun ditahan polis

Gambar Hiasan

Polis menahan dua wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM27,000 Khamis lepas.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata dua wanita berusia 24 dan 44 tahun itu ditahan di Balai Polis Bayan Lepas, selepas mereka hadir bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu menjadi keldai akaun sindiket penipuan membabitkan urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud melalui aplikasi telegram, manakala wanita kedua pula berkaitan penipuan urusan pinjaman wang secara dalam talian.

Keldai akaun merupakan individu yang menyerahkan penggunaan akaun,kad ATM serta nombor pin kad itu kepada individu lain yang digunakan bagi tujuan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan menipu.

 

 

PALING POPULAR

To Top