Umum

Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun

Empat lelaki bersaudara tergamak melampiaskan nafsu terhadap adik perempuan tiri mereka yang berusia 13 tahun sejak lebih tiga tahun lalu.

Tindakan suspek merogol mangsa bergilir-gilir di rumah mereka di daerah ini akhirnya mengundang padah apabila dicekup polis sejak Isnin.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia di antara 17 hingga 36 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di daerah ini iaitu dua daripadanya pada jam 5 petang Isnin manakala dua lagi pada Selasa sekitar jam 1 dan 2 petang.

Difahamkan, empat beradik itu daripada bapa yang sama namun berlainan ibu dengan remaja perempuan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, mereka ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

PALING POPULAR

To Top