Umum

Fad Bocey menimang anak kelima

Gambar FB Fad Bocey

Pelawak terkenal Fad Bocey mengumumkan berita gembira isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada pukul 9.20 pagi, hari Khamis.

Pengumuman itu dibuat melalui hantaran di media sosialnya pada hari sama, juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan pasangan itu.

Fad turut mengucapkan terima kasih kepada Doktor dan hospital kerana menjaga isterinya, Syaheera dengan baik.

“Nanti kami kongsi gambar baby”, tulisnya lagi.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga mereka pada Mac 2015 ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, Ibrahim Jibriel termasuklah kelahiran terbaharu mereka.

 

PALING POPULAR

To Top