Umum

Gagal isytihar harta, isteri Tun Daim akan didakwa pada hari Selasa

Gambar Facebook

Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Dr Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas tuduhan gagal isytihar harta.

Menurut laporan Sinar Harian, sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan isteri Daim akan dituduh mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan harta.

Media difahamkan bahawa Na’imah berada dalam senarai kausa dalam talian untuk kes di hadapan hakim, Azura Alwi pagi esok.

Sehubungan itu, Na’imah dalam satu kenyataan berkata, sepasukan pegawai SPRM tiba di hospital yang mana suaminya ditahan bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, kumpulan pegawai SPRM tersebut telah merekod kenyataan daripadanya, setelah mengambil keterangan lebih awal sebelum ini iaitu pada 10 Januari lalu.

“Ini berlaku walaupun saya memberi jaminan kepada mereka bahawa saya akan memberi mereka kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami saya selesai pada hari Selasa.

Tambahnya, dia meminta caj dilakukan sehari kemudian iaitu pada Rabu, selepas prosedur perubatan suaminya selesai, namun perkara tersebut telah ditolak.

PALING POPULAR

To Top