Umum

Surat diutus tidak menggunakan Bahasa Melayu harus dipulangkan

Gambar FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyarankan semua pihak sektor awam dan swasta untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan surat menyurat.

Anwar menyatakan sekiranya surat itu diutuskan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan, ia seharusnya dipulangkan semula.

Ketika memberi ucapan pelancaran Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023, beliau memberi peringatan ini menyatakan siapa saja yang menulis dalam bahasa selain bahasa kebangsaan di kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk universiti swasta, surat itu akan dipulangkan.

Selain itu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Menurut Anwar, terdapat sikap “terlajak” atau “terpesong” berhubung komitmen sesetengah pihak dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Bukan kerana kita sempit tetapi pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa” jelasnya

“Memang kita tekankan dalam bahasa perdagangan antarabangsa bahasa Inggeris tetapi ada sikap yang saya rasa terlajak di kalangan beberapa jabatan.

Dekad Membaca Kebangsaan 2023 ialah usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia yang bermula sejak tahun 1972 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, (DBP).

PALING POPULAR

To Top