Umum

Guan Eng kuarantin dan tangguh perbicaraan tapi hadir program

Timbul pertikaian melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng susulan beliau menangguhkan perbicaraan kes mahkmahnya semalam. Lim Guan Eng yang dikatakan diarah menjalani kurantin kendiri Covid-19 bermula 1 hingga 10 September ini. 

Namun, semakan dalam akaun Facebook Guan Eng sebaliknya mendapati semalam beliau ada hadir dalam program bantuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal dan Parlimen Bagan. 

Menjadi tanya tanya kepada netizen, bagaimana Guan Eng yang sepatutnya masih dalam tempoh kuarantin tapi boleh turut serta dalam program tersebut dan menangguhkan perbicaraannya atas alasan yang sama. 

Guan eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang. Perbicaraan kes yang sepatutnya memasuki hari kelapan perbicaraan dengan empat saksi pendakwaan telah memberi keterangan setakat ini ditangguhkan kepada 22 September in.

Rata-rata mereka yang mengikuti perkembangan Guan Eng mempersoalkan tentang kuaranti kendiri beliau dipautan yang beliau naikan

 

PALING POPULAR

To Top