Umum

Hafidz Roshdi bercerai

Pergolakan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri akibat orang ketiga menjadi isu panas sejak kebelakangan ini.

Netizen juga beranggapan isu rumah tangga ini sengaja dicipta bagi memberikan satu kontroversi kepada Hafidz Rosdi bagi meraih perhatian peminat.

Tapi, andaian netizen meleset apabila hari ini Harian Metro melaporkan bahawa Hafidz Roshdi sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu bersaksikan keluarga.

Nurul Shuhada dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini ketika hari kelahirannya.

Sebelum ini, Hafidz ada memuat naik satu gambar di Instagram yang menunjukkan dia sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya, ia seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.

Selain itu, Hafidz juga meminta orang ramai agar mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

PALING POPULAR

To Top