Umum

Harga Diesel Boleh Turun? Malaysia Kini Hasilkan 1.5 Juta Liter Biodiesel Sebulan

SHAH ALAM – Dalam keadaan kos hidup makin terasa, ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya satu perkara: harga diesel boleh turun ke?

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia kini mempunyai 19 loji biodiesel yang mampu menghasilkan kira-kira 1.5 juta liter sebulan.

Dari Minyak Sawit ke Bahan Api

Apa yang menarik, biodiesel ini dihasilkan daripada bahan sampingan minyak sawit — termasuk ‘sludge’ yang sebelum ini kurang dimanfaatkan.

Teknologi ini membolehkan sebahagian bahan tersebut ditukar menjadi bahan api seperti biodiesel dan Jet A1.

Boleh Stabilkan Harga?

Menurut Zahid, kapasiti pengeluaran ini berpotensi membantu menstabilkan harga diesel domestik serta mengurangkan kos bahan api dalam jangka panjang.

Namun, kesan sebenar kepada harga di pam masih bergantung kepada pelbagai faktor lain termasuk keadaan pasaran global.

Selamat Digunakan?

Ujian yang dijalankan, termasuk dengan penglibatan Petronas dan pengeluar kenderaan, menunjukkan biodiesel ini selamat digunakan serta serasi dengan enjin diesel sedia ada.

Harapan vs Realiti

Walaupun usaha ini dilihat sebagai langkah positif, persoalan utama rakyat masih sama — bila harga diesel benar-benar boleh turun?

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top