Padah membuat hantaran jelik menghina agama Islam di aplikasi YouTube, seorang penghantar makanan didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang.
Hakim, Ahmad Rizki Abdul Jalil membuat keputusan itu terhadap Mohd Nor’muzil Mohd Razalli, 39, pada Khamis.
Dalam keputusannya, Ahmad Rizki turut mengarahkan Mohd Nor’muzil menjalani hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. – Sinar Harian