Umum

Philip Morris International terajui masa depan tanpa asap

Syarikat tembakau terkemuka, Philip Morris International (PMI) komited dalam mentransformasikan industri tembakau di seluruh negara dengan mewujudkan masa depan bebas asap rokok.

Berkesempatan mengunjungi Philip Morris International di Neauchatel, Switzerland sempena ‘Technovation, smoke free by PMI’ dan melihat proses syarikat itu melaksanakan transformasi perniagaannya ke arah masa depan bebas asap dengan mengwujudkan satu peranti atau rokok alternative yang dikenali sebagai IQOS sejak tiga tahun lalu.

IQOS adalah sistem pemanasan tembakau yang menggunakan teknologi ‘HeatControl’.

Pengarah urusan produk tanpa rokok (PMI), Stefano Volpetti berkata product IQOS ini telah menunjukan hampir 95 peratus pengurangan dalam paras bahan kimia berbahaya dan potensi berbahaya (HPHC) berbanding rokok, sekali gus menjadikan IQOS alternatif lebih baik untuk perokok.

Menurut beliau, pada masa kini tembakau adalah salah satu punca utama kanser.

WHO menganggarkan kira-kira 1.1 bilion pengguna tembakau di seluruh dunia. Penggunaan tembakau sahaja menyumbang hampir 8 juta kematian setiap tahun dan satu bilion orang mungkin mati pada abad ini jika penggunaan tembakau global kekal pada tahap semasa.

Disebabkan itu, PMI mencipta satu inovasi baru yang telah membawa kepada pembuatan produk bebas asap berasaskan saintifik yang berpotensi memberikan risiko yang lebih rendah kepada perokok.

PMI juga telah melakukan kajian dan menyediakan beberapa porfolio berasaskan sains dengan mengkaji setiap profil pengguna mengenai rasa, harga dengan teknologi yang berbeza mengikut negara tersebut.

Beliau berharap dengan adanya alternatif yang disediakan ini akan membuatkan lebih ramai perokok beralih kepada rokok alternatif agar dapat mencapai pencapaian penting dalam kesihatan global dengan lebih pantas.

Di Warsaw, Poland pula telah diadakan ‘Global Forum On Nicotine 2022’ (GFN) edisi kesembilan bertemakan ‘Pengurangan bahaya tembakau: di sini untuk kebaikan’.

GFN, yang berlangsung pada bulan Jun setiap tahun sejak 2014, merupakan satu-satunya persidangan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada peranan produk nikotin yang lebih selamat dalam membantu orang ramai beralih daripada merokok.

Ia menjadi tempat di mana kesemua pakar terkemuka dunia, pengguna dan penyokong nikotin berhimpun dalam menangani isu saintifik, peraturan dan dasar yang berkaitan dengan produk nikotin yang lebih selamat dan peranan penting mereka dalam pengurangan bahaya tembakau.

Dalam forum yang bertajuk, “Manfaat Nikotin” yang dibentangkan oleh beberapa ahli panel terkemuka menyatakan bahawa secara umum ramai orang diuar sana tersalah anggap mengenai faedah nikotin.

Menurut Dr Sudhanshu Patwardhan, seorang Doktor Perubatan British berkata nikotin bukan hanya boleh didapati di dalam tembakau rokok tetapi ia juga boleh didapati dalam kadar yang lebih rendah dalam tumbuhan seperti terung, tomato dan kentang.

Beliau juga mengatakan bahawa penggunaan nikotin tidak akan menyebabkan ketagihan. Malah, ada kajian yang menunjukan bahawa nikotin ini mampu memulihkan mereka yang menghidap skizofrenia (mental illness) dan mampu merawat penyakit itu.

Turut serta dalam persidangan itu, Dr Paul Newhouse, Pengarah Pusat Perubatan Kognitif yang berpangkalan di AS di Jabatan Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee menegaskan bahawa dalam kebanyakan kes sesiapa yang mula menggunakan tembakau boleh menjadi ketagih kepada nikotin.

Walaupun sesetengah pakar yakin bahawa pendedahan kepada nikotin mungkin juga menyebabkan gangguan kognitif, namun dengan adanya pendekatan baru rokok alternatif ini berpotensi memberi manfaat kepada perokok jika digunakan sebagai pengganti lengkap untuk rokok biasa.

Pada persidangan tahun ini juga memperlihatkan satu kajian baharu yang dilancarkan menekankan sekali lagi bahawa pelaksanaan langkah kawalan tembakau WHO yang dikenali sebagai MPOWER, tidak mempunyai bukti yang jelas dengan tahap rendah kematian berkaitan tembakau di Eropah.

Sebaliknya, penyelidikan bebas yang turut dikongsi pada majlis itu, mendedahkan bahawa ramai yang beralih daripada merokok kepada snus Sweden dan terbukti menjadi strategi berkesan untuk mengurangkan kemudaratan yang disebabkan oleh tembakau.

Penemuan baharu ini memberikan bukti lanjut bahawa WHO mesti menerima pengurangan bahaya tembakau sebagai sebahagian daripada tindak balas kawalan tembakau globalnya dengan menyokong penggunaan produk nikotin yang lebih selamat untuk berhenti merokok.

Pada tahun 2007, WHO telah melancarkan MPOWER, sebagai proses dan mekanisme pemantauan untuk melaksanakan Konvensyen Rangka Kerja mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), sebuah perjanjian antarabangsa yang dilancarkan sebagai tindak balas kepada sifat global krisis kesihatan awam yang disebabkan oleh penggunaan tembakau dan merokok.

Merangkumi enam langkah, ia bertujuan untuk mengurangkan permintaan terhadap tembakau. Namun, walaupun sudah 15 tahun MPOWER dilancarkan, masih terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia, dan jumlahnya tidak berubah sejak tahun 2000, dengan lapan juta kematian setahun berkaitan tembakau.

PALING POPULAR

To Top