Umum

Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB ‘Uthaya Sankar SB’

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook ‘Uthaya Sankar SB’ berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek yang berusia 50 tahun itu telah ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam pada pagi Isnin.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada 12 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama kad sim yang dipercayai digunakan sewaktu membuat hantaran tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuatkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top