Umum

Isu penempatan penduduk Kampung Setia Jaya, kerajaan tunggu cadangan TAR College

Gambar Facebook

Kerajaan masih menunggu beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan daripada kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) berkaitan penyelesaian isu penempatan penduduk Kampung Setia Jaya di Setapak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, sebelum ini pihaknya sudah berbincang dengan kolej TAR dan mereka bersetuju penduduk boleh terus menetap di situ sehingga perkara berkaitan termasuk masalah penempatan dapat diselesaikan.

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kids Fest 2024, di sini pada Sabtu.

Pada 19 Disember lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan kira-kira 500 penduduk Kampung Setia Jaya untuk mengosongkan tanah yang mereka duduki itu dalam tempoh 18 bulan.

Susulan itu, Dr Zaliha telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan wakil penduduk Kampung Setia Jaya dan pemilik tanah, Yayasan Pendidikan TAR bagi menyelesaikan isu berkenaan demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk.

PALING POPULAR

To Top