Umum

Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok

Selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen di sini, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi minggu lalu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10.30 pagi, Selasa.

Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh Jawi selama 24 jam sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu.

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya. –Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top