Sports

JDT Racing Team bakal rancakkan industri permotoran

Gambar FB Johor Southern Tigers

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah bertemu pelumba motorsikal Hafizh Syahrin Abdullah dan pengurus teknikal JDT Racing Team Valeriano Rodriguez, untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.

Perkara tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers.

Menurut hantaran tersebut, pada bulan lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan niat untuk memasuki arena perlumbaan motosikal dengan pelumba terkemuka Malaysia itu.

“JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak. Luaskan Kuasamu Johor,” tulis hantaran tersebut.

PALING POPULAR

To Top