Buletin

Jejaka Mat Salleh Luah Hasrat Kahwini Datuk Vida

Walaupun sudah tiga kali gagal dalam rumahtangga, usahawan dan juga selebriti, Datuk Vida, masih terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Baru-baru ini beliau bercerita mengenai kisah hidupnya selepas bercerai. Katanya lagi, ramai jejaka di luar sana cuba nasib untuk memikat hatinya.

Tambah Vida, sehingga hari ini, lebih 50 resume diterima menerusi kiriman emel daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.

Lebih mengejutkan, bukan hanya rakyat tempat saja cuba memikatnya, malah jejaka dari luar negara termasuk Finland dan Scotland turut mencuba nasib.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya dalam nada berseloroh.

Datuk Vida juga kongsikan calon suami idamannya perlulah bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah.

Sumber: Mstar Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top