Cinta

5 Tanda Anda Sudah Curang Dengan Pasangan!

Masa mula-mula bercinta semuanya indah. Kentut pun bau wangi. Tapi bila dah bosan dan ada yang lagi ‘best’ semuanya jadi busuk.

Tanpa anda sedar, sebenarnya anda sudah curang dengan pasangan anda. Jangan nak menidakkan pulak. Kalau kena dekat batang hidung sendiri baru la korang tahu.

Jom periksa tanda-tanda di bawah ini yang sebenarnya anda lakukan!

1. Menggatal di pejabat

Orang pergi kerja cari rezeki tapi ada yang menggatal. Jika anda rasa menggatal di pejabat tu perkara biasa, cuba fikirkan semula. Mungkin niat anda sekadar suka-suka, tapi dari situlah timbulnya rasa cinta.

2. Selalu borak dengan rakan berlainan jantina

Tak salah nak ada rakan berlainan jantina, tapi kalau sampai tahap semua cerita anda kongsikan sampaikan hal rumah tangga pun nak share, perkara lain boleh jadi. Dari teman rapat, boleh bertukar kepada ‘kekasih gelap’.

3. Bersosial dengan rakan berlainan jantina

Ramai yang anggap keluar dengan rakan berlainan jantina tu perkara biasa, sampai rahsiakan atau tipu pasangan semata-mata nak keluar dengan rakan anda tu. Mungkin anda takut pasangan anda cemburu, tapi kalau si dia buat benda yang sama, anda boleh terima ke?

4. Cerita keburukan pasangan

Bila dah sampai tahap ceritakan keburukan pasangan ada rakan berlainan jantina pun dah kira curang. Bukan ke anda patut jaga aib pasangan?

5. Suka sangat dengan online chatting

Menurut kajian dari Universiti Gainesville di Florida, Amerika Syarikat, online chatting merupakan punca utama kepada masalah dalam sebuah hubungan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top