Umum

Jemaah menteri setuju penyasaran subsidi bahan api

Gambar Hiasan

Penyasaran subsidi bahan api telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri hari Selasa, dan akan bermula dengan bahan api diesel di Semenanjung.

Dalam pertusan khas malam tadi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan dapat menjimatkan RM4 bilion setahun dengan penyasaran subsidi diesel.

“Sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung sahaja dan tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak,” kata Anwar dalam perutusan khas tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus menyediakan subsidi kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel, melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Ia bertujuan untuk membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan.

Anwar menegaskan penyasaran subsidi bahan api bukan penarikan mutlak seperti yang cuba digembar-gemburkan segelintir pihak.

Katanya, penyasaran ini perlu dijayakan untuk menyusun semula struktur kewangan awam.

“Seperti penyasaran subsidi air dan elektrik, majoriti rakyat tidak menerima kesan dan kekal meraih manfaat subsidi kerajaan,” katanya.

PALING POPULAR

To Top