Umum

Jenazah Adun Sg Bakap selamat dikebumikan

Gambar Facebook

Jenazah Adun Sungai Bakap Nor Zamri Latiff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh pada kira-kira 6.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Nor Zamri, 56, dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.

Solat jenazah diimamkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dengan disertai kira-kira 1,000 jemaah yang hadir.

Turut hadir memberikan memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak; Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri I Mohamad Abdul Hamid; dan beberapa exco kerajaan Pulau Pinang.

Nor Zamri meninggal dunia pada 1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Zamri meninggalkan isteri, Musalmah Yusop, dan enam anak.

Pada PRN Ogos tahun lepas, Nor Zamri menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undian.

 

 

PALING POPULAR

To Top