Umum

Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini

Jenazah Mael XPDC akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, Johor sekitar pukul 10 pagi ini.

Menurut pengurus kumpulan XPDC, Mohd Yazid Selamat, buat masa ini jenazah Mael berada di kediaman anak Allahyarham di Jalan Sungai Abong, Muar.

“Insya-Allah dijangkakan jenazah Allahyarham Mael akan dikebumikan sekitar pukul 10 hingga 10.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar,” kata Mohd Yazid.

Sejak berita pemergian Mael dilaporkan malam tadi, Mohd Yazid berkata, ramai kenalan Allahyarham termasuk rakan artis hadir memberikan penghormatan terakhir kepada penyanyi yang sangat sinonim dengan muzik heavy metal itu.

Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Berita pemergian disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.

“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar,” katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.

PALING POPULAR

To Top